Program Teknologi Digital Bersama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Selama dan NADI Pekan Kubu Gajah
24 September 2026 | Aktiviti TerkiniProgram Teknologi Digital anjuran bersama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Selama dan NADI Pekan Kubu Gajah telah berjaya dilaksanakan pada 24 September 2026 bermula 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Program ini telah disertai oleh ahli-ahli AIM yang berminat untuk meningkatkan kemahiran digital, khususnya dalam penggunaan platform reka bentuk atas talian Picsart. Sepanjang program, peserta diberi tunjuk ajar secara praktikal mengenai fungsi asas dan teknik menghasilkan reka bentuk grafik yang menarik untuk kegunaan perniagaan serta media sosial.
Sepanjang sesi latihan, peserta mempelajari cara menghasilkan poster promosi, bahan pemasaran digital dan kandungan media sosial menggunakan aplikasi Picsart dengan lebih kreatif dan berkesan. Program ini diharapkan dapat membantu peserta mengaplikasikan kemahiran digital dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan masing-masing, sekali gus meningkatkan daya saing usahawan mikro dalam era ekonomi digital.
Berikut merupakan gambar-gambar semasa aktiviti dijalankan.